Hidup - 10 jun 2006
Selepas berpusing-pusing aku mencari thumbdrive (pendrive?) Hanif, akhirnya aku jumpa. Aku bukak, tapi aku pelik dalamnya ada menda ni. Pelik, takkan kot.
Dia dah balik Pahang pagi tadi. (aku rasa, aku tido, tak sedar) Kadang-kadang masalah bertimpa-timpa buat orang cari jalan keluar. Tapi pada aku, aku tak rasa itu jalan selesai, aku rasa la. Enjoy your life!
eyegix.com
uniform.pro
Beli - 2 jun 2006
Aku cuba nak dapatkan buku ini, dan juga dvd ini. Harap aku dapat. Banyak sangat nak beli ni. Gila!
http://www.dialectica.net
http://www.hydro74.com
Yogyakarta - 2 jun 2006
Angka korban semakin meningkat dari hari kehari. Aku dapat info dari Astrid Reza.
http://tandabaca.multiply.com
Fuck! - 27 Mei 2006
http://www.lostateminor.com
Awal - 26 Mei 2006
Aku tido awal semalam, sepatutnya aku tak tido seawal tu. Caffein dalam produk Nestle tak berjaya menyegarkan aku, seperti yang aku mahukan. Seawal pukul 3 aku dah terlelap, terjaga bila bunyi daun pintu dihempas, kuat dan bingit.
Hanip keluar, tapi pakai seluar pendek. Takkan pegi kerja kot. Aku tengok jam, pukul 2.40 petang. Gila apa nak pegi kerja time gini. Aku keluar, tengok surat khabar yang menggunung tu dah runtuh. Terima kasih kucing sebab engkau robohkan susunan surat khabar lama. Aku yang susun semula, bukan kucing.
Semalam, bukan aku yang upload entry semalam, tapi keju. Cc yang biasa aku pegi macam sial networknya. Terima kasih. Nanti belikan aku limau Jaffa ya.
Aku pasang Heaven Shall Burn, tak cukup meletup. Cuba pulak Shikari, ada meletup sket. Tapi aku nak lagi meletup, dengan masa dan keadaan aku, ya, aku kena pasang Hellnation - Greedy Motherfucker. Yeah! that it.
Antara Mew dan Soulfly - 25 Mei 2006
Semalam aku dengar Mew berselang-seli dengan Sepultura dan kadang-kadang crimson Curse (dan Radiohead). Kepala otak aku berputar-putar dengan bunyian yang ada sambil teringatkan perkara yang seiring dengan lagu itu. Sepultura mengingatkan aku kepada kengkawan aku masa sekolah dulu. "Fly", nama untuk aktiviti keluar sekolah tanpa pengetahuan guru. Kerja ni haram kalau mengikut ukuran sistem sekolah. Tetapi tujuan kami murni, cuba mengasah bakat untuk menjadi sebuah band ternama. Bosan kalau jamming hari minggu, budak MCKK selalu jamming, putih macam apa jek. Paling boring sekali, semua yang masuk main lagu Butterfinger! Takde lagu lain ke? Aseng, Junai, Apis dan Mat Pat adalah nama-nama yang selalu kena panggil ke bilik guru displin disebabkan gagal mematuhi peraturan asrama. Ponteng sembahyang jumaat pon boleh kantoi. Kutu mana la yang pegi repot.
Dah lama aku tak jumpa dengan Aseng, lepas abis sekolah dia terus "hilang". Perkara terakhir aku dengar pasal dia, dah ada anak dua, bekerja di Ipoh. Apis, jadi penagih tegar dan selalu buat diploma di seluruh pelusuk negara. Mat Pat jadi operator air-cond, Junai dah semakin gemuk, walaupun berfutsal setiap minggu. Aku kena kick dari asrama masa form 5, lagi beberapa bulan nak spm, sekali dengan Junai. Mat Pat kena buang jugak, lagi awal. Sebab curi buku akaun BSN biasiswa dan dengan bangganya menunjukkan kasut Vans hasil dari usaha menyonglap buku akaun dia sendiri. Setiap urusan keluar duit mestilah dirujuk kepada guru, buku apa beli, seluar apa beli, berapa banyak.
Apis dengan Aseng kena buang sekolah, belasah budak. Ala, tak teruk mana pon. Memang budak tu patut kena belasah pon, isap rokok masa hari pertama ramadan, kantoi, lepas tu cakap rokok tu bukan dia yang punya. Akai ada ka? Mak dia repot pengetua, dan kelima mamat yang belasah tu pon tido lokap sehari. Aku dah lupa sapa lagi yang belasah mangkuk tu. Apasal diorang tak panggil aku?
Bila ingat balik, macam jahat (nakal!) pulak rasanya. Tapi, itu la cerita yang aku akan cite bila dah ada anak cucu nanti. Zaman sekolah la zaman paling indah sekali.
Mew ni special sikit, walaupun bukannya genre yang aku minat tapi... Teringatkan pemandangan Batu Tiga dari tingkat 12. Perbincangan tentang zionis yang tak berkesudahan. Perkara yang aku sepatutnya buat, tapi aku tak buat. Huh! Aku nak balik moment tu!
Where are you, banana moon?
Semalam - 23 Mei 2006
Semalam, aku tak tido semalaman. Bukan tak mau tido, tapi wan datang dalam pukul empat. Mengadu lapar, dengan anip sekali.
Aku cakap takde duit. Diorang jumpa meggi tomyam. Masak. Makan.
Sambil tengok kehebatan beberapa orang drummer buat show, diorang makan.
Aku baru lepas makan. Kawan aku cakap, makan memalam buatkan kita jadi gemuk.
Aku ikut cakap dia.
Bila sampai je opis, aku bukak nasik goreng. Makan. Petang baru aku tersedar
bila Amy memaki hamun abang iparnya sambil tangannya tak abis-abis memicit
butang telepon.
Berat kepala aku sampai sekarang.
Sudah la - 22 Mei 2006
"Berenti la engkau berusaha nak dapatkan budak tu, engkau apa ada? Hensem pon takde,
kaya pon tidak
"Diamla la kau, kau apa tau?"
Digital Malaya
Stencil Revolution
Februari datang lagi (ewah!) - 7 Feb 2006
Sudah masuk bulan februari. Auntie dah nak datang kutip sewa. Aku tengok hanif, daif. Dua-dua daif. Akhdan tolong aku!
Aku cuba Internet Explorer 7 (versi beta). Menarik, tapi pop-up pc aku dah tak buleh nak handle. Mozilla terbaik buat masa ini. Nak cuba?
http://www.microsoft.com/windows/ie/ie7/
piperboy
Republik Cinta! - 20 Jan 2006

Sudah terbit!
Dewa dengan Republik Cinta, lihat review di tembang.com. Aku baru dengar satu lagu, Laskar cinta di malimdewa. Ada middle east sound, macam M Nasir.
http://www.khairulazizi.com
http://www.spin.co.uk
Percaya - 19 Jan 2006
Aku sudah tak berapa percaya dengan khidmat percuma 1asphost.com. Manakan tidak, 2 hari aku masuk untuk upload dan update, sekali dia ada problem dengan server, dia pon tunjukkan lah coding-coding program macam ni. Mungkin dengan keadaan ini membuatkan aku rasa memang ada masalah yang betul-betul masalah dan bukannya kelemahan webspace percuma ini. Aku sepatutnya faham dengan makna "percuma", aku dah guna pelbagai produk percuma (selain syampo dan meggi kat rumah). Ini antara yang terbaik dari segi iklannya, ada satu banner iklan sahaja, kau boleh nampak dibawah atau diatas webpage ini.
Bukan merungut, tapi... ah.. merungut la, nak selindung apa lagi!
Aku email Saharil. Dia balas. Yehaa!
Aku dah ada dropsend, tak ada masalah untuk file berkapasiti besar, simpan dan hantar.
Keju, dia dah ada boipren, semalam aku nampak. Kecewa Noktah
penin - 16 Jan 2006
Kepala aku pening sejak makan tengah hari tadi. Penangan produk nestle barangkali
Lounge72 sepanjang hari,bertanya kemana hilangnya halfproject.
Ada sapa-sapa tau?
identiti - 12 Jan 2006
Selalu sangat aku rasa menyampah pada keadaan sekeliling. Paranoid aku rasa. Mahu melarikan diri. Tapi dari apa? Kebiasaan mungkin.
Sudah empat kali percubaan aku nak tukar Mykad gagal. "Nah, ambil appointment ni, nanti datang pada masa ni" - kata abang pegawai kurus keding macam tak cukup zat. Makan jamu barangkali.
Aku tak dapat datang. Sibuk.
Sekarang, kena bayar RM10.
Moral? - 9 Jan 2006
Waktu ini, sekarang. Aku rasa perkara yang sama sejak dari minggu lepas. Tugasan yang sikit (takde langsung sebenarnya). Nampaknya sekarang orang sibuk canang pasal moral. Bermoralkah aku? bermoralkah kamu?
Persoalan ini menjadi tajuk-tajuk berita dan televisyen sejak dua menjak ini. Aku mungkin sebenarnya tersilap, atau aku terlepas pandang. Tajuk-tajuk akhbar atau headline biasanya bersifat morality. Si A kahwin dengan Si B walhal pada masa yang sama bermadu kasih dengan si C. Atau aku tak paham kehendak pembaca?
Aku yang buta moral? Apa itu moral? moralkah aku? masuk syurgakah aku?
Fuck you....
2006 - 5 Jan 2006
Tahun baru selalunya berdepan dengan azam manusia-manusia yang tak sedar-sedar.
Dari tahun lepas tak abis-abis dengan azam. Aku pon sama, sejak bulan lepas dah pasang angan-angan (azam kot?)
Konon-konon nak kereta, nak itu, nak ini. Usahanya mana beb?
Dah lima hari dalam tahun 2006, walaupun awal tahun ni aku dapat perkara yang best dalam hidup. Hidup di Malaysia begini? Macam ini rasa tinggal
di Malaysia? Soalan-soalan yang berkesudahan. Aku rasa sama juga dengan azam. Angan-angan dan perubahan, dari yang baik kepada yang
lebih baik. Dari jahat ke baik, hitam putih kehidupan.
Hatta, balik bandung bawakkan aku ole-ole, aku muak + sengal + pening tinggal kat sini.